Thursday, April 28, 2011

kenapa mesti BLACK'n'WHITE ??

Kalau jadi promoter..
Pekerja shopping kompleks yg baru mula keje
Waiteres...
and sewaktu dengannya,,
..................perasan atau tidak, mesti memilih BLACK'n'WHITE, betul x??
KENAPA erk??(berfikir sejenak)
Hal nie x terkecuali dengan lecturer aku, RADZIAH (Misz Rozie),
secara rawaknya, dia pun nak aku ngan budak-budak kelas aku memilih untuk mencetuskan fenomena BLACK'n'WHITE nie kat kolej aku. erm...
disebabkan KAMI nie, bakal-bakal HOTELIER yang berDIPLOMA, so! bile masuk kelas dia jew (FRONTOFFICE & HOUSEKEEPING), diWAJIBkan untuk memakai cOlour taik cicak nie..
alahaiii, memang SMART, x dinafikan...
kerana nak dengar kata dan x nak dihalau dari kelas dia, so! aku dan lain-lain terpaksa menghabiskan duit mencari kemeja(putih), kot/bleszer(hitam), kasut(hitam/hight heel:1/2 inci), skirt/suar slack(hitam).......
Memanglah berabis duit, tapi x pelah..asalkan untuk belajar.
-------------------------------------------------------------bile dah smart-smart memakai hitam putih nie, budak-budak junior bawah pun berasa BERKOBAR nak pakai gak macam KAMI semua pakai, ish2!!
x disangka-sangka, menjadi CONTOH KAMI semua kepada adik-adik bawah,huhu...

Penah gak masa, aku ngah tunggu train kat sek.19, ada makcik tue rajin plaknye nak tahu aku pakai smart-smart nie nak pergi settle kan kes apa??,, adoyaii, salah sangka betul makcik nie...disangkakan aku nie LAWYER??hahha, masalah sendiri pun x reti nak handle, ada hati lak nak handle masalah orang...
x bagus, x bagus..hihihi:-)
 
THANKZ lah makcik yew, sebab katakan aku seorang LAWYER, aku hanya mampu mengAMINkan sahaja...mungkin katanye itu 1 doa pada aku...

smartkan???..nielah model budak-budak senior batch 2010/2011 untuk DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN&KATERING,,  :-)
TAHNIAH!! misz Rozie kerana mentransformasikan KAMI semua, sayang misz~




kerana satu tamparan..

dulu masa sekolah rendah aku penah tertampar sorang budak lelaki yang agak buat aku menyampah ngan dia...dan aku sendiri tertanya kemana agaknya dia sekarang??
lepas seminggu kejadian tue berlaku, dia terus x datang ke sekolah, aku pun agak kehairanan..mane dia erk???
---------------------------------------------------------
kejadian tue terjadi hanya kerana aku diejek dengan budak banggang nie,dan aku juga sering kali bergaduh kerana mulut budak nie yang macam longkang x serupa nak longkang, cmnetue?? ce cite...,
budak nie selalu ejek aku ''ANAK KAMBING'' kuang ajar kan?? mentang-mentanglah abah aku masa tue bela kambing, x payah lah nak ejek2 aku sesedap rasa jew..memanglah cari pasal.
 mula-mula aku sabar, lama-lama aku naik fedUp, yelah, mana tahan asyik diejek-ejek jew, at last one day ak pun agak teruja kerana menghayunkan tangan aku tepat kena pipi dia..dasyat,, budak lelaki tue pun terdiam, dia pun agaknya berasa berang dan terus nak membalas, tapi x sempat sebab cikgu dah masuk..., pastue dia pun berkata pada aku, ''ko tunggu kat balik sekolah nanti...'' erm sikit pun aku x takut,, hahhahaha...

Abang aku penah pesan, ''kalau orang kacau lawan jew balik.., nanti kalau aku dah x de kat sekolah sape nak tolong ko??'', so! dari situlah aku beranikan diri dengan menampar budak lelaki tue. Lagipun abah aku penah pesan, ''kalau ko x puas hati ngan sape-sape, ko pegi jumpa orang tue balas balik...'', abah aku pun dah green light, hhuhu...bapak korang ada macam bapak aku x??? ada?? x de kan???hahhaha...DASYAT!~
-------------------
Tapi, nie sume kenangan zaman sekolah
kadang-kadang rasa nak pgi sekolah balik jew, rindu sangat..
MANA AGAKNYA KAWAN-KAWAN AKU YEW??? PELAH YANG DORANG BUAT SEKARANG??...
picture nie jew yang tinggal dlm koleksi kawan skolah, picture nie pun time member aku kawen...yg baju hitam tue bestfrenz aku,(bagi aku lah)..



Wednesday, April 27, 2011

Hana Tajima Style

Hana Tajima~
           sape dia erk??..bile aku selongkah2 kat goOgle,barulah aku tahu siapa dia nie, rupe2nye pereka fesyen kepada Yuna (Dan Sebernarnya),, nice+sweet+pretty orangnya, dia lah makhluk Allah yang mentransfomasikan Yuna ngan gaya shawl dia, memang cantik, cara pemakaiannya sangatlah eassy.......
kerana Hana Tajima nie, pemakaian shawl telah menjadi ikutan remaja muslimah masa kini, SO! sekarang x de sebablah, manusia2 yang bergelar WANITA, untuk tidak memakai tudung...betul ke x??? :-)
--------------------------------
Dan tidak diakui, aku ngan adik aku, (pemilik blog: www.kucingbelang.blogspot.com)pun telah terikut-ikut untuk memakai shawl like Hana Tajima, huhu..
macam-macam gaya sekarang, sekali-sekala ikut trend semasa nie pun kadang seronok gak..hehehhe, x salah kan nak bergaya?? asalkan still menutup aurat.
Kerana terlampau banyak shawl yang membanjiri pasaran, so! koleksi shawl aku pun dah menggunug tingginya, sampai ada yang belum pakai..DASYAT!~, 2 pasalnya hubby aku kemarahan sama aku.

pada sape yang nak cuba style Hana Tajima nie, trylah.., kat dalam youtube.com dah banyak manusi yang mengupload tutorial Hana Tajima style,, try tau..memang gempak, ala-ala minah arab,, ahakz!!~
Hana Tajima style (pic  nie aku cilok kat dalam google)              

Tuesday, April 26, 2011

sem holiday coming..

owh, no..no..
cuti sem ak dah start, lama lak 4bulan! giler gempaq la de...
walaubagaimane pun, cuti aku masih dipenuhi dengan aktiviti student,----------asiggment + presention, cuti kew??owh no..no :-(
---------------------------------klu dulu bile cuti jew, kepala otak aku dah stanby dok fikir nak watpe, tapi cuti nie pun ada gak la terfikir nak wat sesuatu yang berbaloi+lumayan, tapi..erm, X DAPAT!!! sakit jew hati, bengkek plus+ + +, x patut memang x patut, tapi pew leh buat, anggukkan kepala dan senyap tanpa kata.

Lpas raya nie, dah sibuk ngan pratikal (Latihan Industri), SO! tension...rasa cam malas, tapi nak penuhi kota sebagai student Diploma Pengurusan Perhotelan&Katering, kena lah pergi ngan hati yang tertbuka,
,,...sedar x sedar, dah nak abiz study dah...cam x caya, pas praktikal nie semestinya busy lagi ngan report, pe bnda alah pun aku x pasti, tapi tengok keadaan cam leh wat kepala otak aku stress...alahaiii, macam2...
dalah dapat tempat praktikal yang x dapat elaun, 3 bulan , kot...lama 2, huhu...memang lah sakit kan?? hope tempat praktikal nie best la... INTEKMA Resort&Convention, Shah Alam. Agak familiar kot tempat nie...
x pew lah, pe pun cepat lah abiz, dah x terdaya nak dok kat kolej tue lagi. PENAT!!..........

erm............pew lah aku nak buat sepanjang cuti nie,,, kalau duit berkepuk dalam HARIMAU xpew lah gak, nie kat dalam pun ada RM 5.95, pew yang aku leh dapat??? ce cite???...............
erm...nak keje, x bagi, duit bagi x pew lah gak...ADUH!!! parah!~

                      Sabtu nie, nak gerak pi Terengganu, memang lah x tau pew nak dibuat, duit pun x dew!!
erm....naik bus lak 2, x ku penah jalan jauh2 naik bus,ahakz!!! Doakan lah aku selamat sampai, dan selamat balik..aminnn..................
untuk bebudak junior ak, HEPI HOLIDAYs yew...
                                                              (padan ngan muka korang cuti 2bulan jew,huhu)

p/s: x dew pe picture yang nak di muat kan dal blog aku nie, huhu