Saturday, July 9, 2011

INI BUKAN 4TIME TAPI UNTUK MENAMBAHKAN ANGKA DALAM AKAUN BANK AKU!!

Huh!! Semak gile la blog aku nie...
al-maklumlah, aku pun sekarang rajin sangat nak buka blog aku nie, busy ngan busines cari duit untuk Adam Harith..

Aku taklah TERbaik sangat, tapi bolehlah..x salah untuk mencuba kan??
Aku tak lah menggunakan DSLR macam abang aku.., NIKON D80, hrga?? jangan dipersoalkan.
Dia nie comel, walaupun agak KEcubbyan, dia ada rupa..
umur?? baru jew lepasan SPM,
saat-saat, sebelum aku menjadi lebih teruk kerana bosan,
so! x pasal-pasal, dia nie menghilangkan tahap kebosanan aku yang dah agak nak TERlampau..
Tue lah untungnya, kerja kat butik baju, memang SAKANlah kan??
nak pakai baju ape pun, pakai jewlah....BOS baik lak, walaupun sekali sekala datang buat muka ketat sangat!!
.......................................Ada 1 baju yang aku berkenan nak beli, tapi harganya agak cam tideak berbaloi
RM110.00, patut ke aku beli??
Aku suruhlah dia try baju tue, then touch up muka dia yg actually ada value,(pendapat aku)
Then!! Tara.............................dah siap!
Apa lagi, possing sakan lah, ikutkan hati nak jew pergi Bandar BOtanic, Klang....leh snap beribu-ribu picture!
OWH!! DAMN!!
sweet kot budak nie...........................
dengan hasil edit dari aku, gambar nie agak menarik...
aku buat suka-suka, alhamdulilah dalam masa yang sama mengumpul duit utk beli DSLR, tak kisah lah, nikor or canon, aku nak beli abang aku kata ''X payah,pakai aku punya jew..''
tapi bila masanya nak pinjam, lain pulak jadinya....huhu
tak apa! aku faham, kalau aku punya pun orang nak pinjam aku akan berfikir...bukan 10kali, tapi MUNGKIN 50kali.
Apa pun...aku tahu, aku mampu milikinya
--------------------------------------------------------------------(^_+)

cute tak??
(aku ambik perkhidmatan nie, if cantik-bayar, tapi kalau x, x ada charge apa-apa dikenakan)

cuma ini yang aku dapat masukkan....
thankz ya qilla, 
bagi senyuman yang menarik kat kamera akak~
 (^_^) 
KINOTITO itu BYTIE ,,




Sunday, May 15, 2011

16 MEI..

HEPI TEACHER days
16 MEI 2011
----------------------------------------------
selamat hari guru buat guru-guru yang penah ajar aku sepanjang aku menimba ilmu dari aku tadika, rendah dan menenggah hinggalah aku teruskan keperingkat diploma. 
THANKZ FOR EVERYTHING
teringat sejenak~
dulu bila hari semakin hampir dengan tarikh 16 MEI,
aku akan sibuk memikirkan nak bagi apa untuk cikgu-cikgu..
mama aku mesti sibuk gaknak tolong balut-balutkan hadiah tue...huhu

pernah gak aku bagi sabun LUX,,huhu...bile teringat balik kelakor rasanya(^_^)
tisu dalam kotak, argh!! macam-macamlah,
x pun mama aku akan bawak aku dan adik-adik aku ke pasaraya MYDIN atau kedai RM2,huhu
actually besar or kecik hadiah tue sumer bergantung pada cikgu tue samada nak hargai atau x..??

UNTUNGkan jadi cikgu nie,?? dapat hadiah banyak, tengok mama aku pun cukuplah
dia cikgu tadika, bila 16 MEI jew, macam-macam hadiah dia bawak, aku ngan adik-adik 
mesti akan tolong bukakan..huhu,, Seronoknya...

bile teringat balik kenangan bersama cikgu-cikgu, rindu rasanya...
alangkah bestnya dapat pegi sekolah balik...
untuk semua cikgu-cikgu yang pernah ajar aku,..
dari  
SEKOLAH KEBANGSAAN JOHAN SETIA,
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU,
SEKOLAH AGAMA HISAMUDDIN SG.BERTIH,
SEKOLAH MENENGAH JALAN KEBUN......
                                                                 SELAMAT HARI GURU



 





Friday, May 6, 2011

mOther days

sebelum aku membebel yang bukan-bukan
aku nak wish MOTHERday kat semua ibu-ibu kat dunia nie...
(eceh!! macam 1 dunia baca blog aku nie..huhu)
   terutama sekali
  • Mama aku yang lahirkan aku, yang besarkan aku- SITI AZIZAH SUJAK
  • Nenek aku belah mama, yang selalu bagi nasihat kat aku- HAJJAH RUMINAH ABDULLAH
  • Nenek aku belah abah, yang selalu buat sarapan untuk aku- HAJJAH MISKILAH
  • Mama mertua aku, yang sudi menerima menantu yang degil+nakal macam aku- ROHANA SHAFIE
  • Makcik aku belah mama, yang baik hati+penyayang- SITI FAUZIAH & SITI SUFIAH
  • Makcik aku belah abah, yang rajin dengar segala cerita donggeng aku- SITI HAWA ABDUL BASIR
Dan x lupe, arwah maklong aku belah abah yang aku sayang sangat+rindu-  NORAINI ABDUL BASIR
-------------dan yang paling terakhir adalah untuk aku sendiri, kerana aku sekarang sudah bergelar mama kepada seorang anak yang agak lasak+comel dan sentiasa buat aku geram dengan teletahnya.


TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH....dan TERIMA KASIH kepada mereka yang aku sebut tadi.
merekalah insan yang sentiasa memahami aku, yang melihat aku membesar sehinggalah aku dimiliki oleh seorang lelaki yang kini lebih bertanggungjawab akan hidup aku.
I LOVE YOU ALL...............muuuaahh 
TERIMA KASIH mama, sebab besar lahirkan kakak dan mendidik kakak. sampai hembusan nafas yang terakhir pun belum tentu kakak dan adik-adik ynag lain dapat membalas jasa dan pengorbanan mama.
Kini, aku akan merasa keperitan membesarkan anak..
keperitan, kesusahan, kepayahan ini terlalu indah dan bahagia buat aku...
untuk mama, kakak doakan semoga mama sentiasa sihat selalu dan dimurahkan rezeki,aminnn.... insyaALLAH


                            --SELAMAT HARI IBU SEDUNIA, 8 MEI 2011--
kasihnya seorang ibu kepada anak

mama......iloveyou very much


Thursday, April 28, 2011

kenapa mesti BLACK'n'WHITE ??

Kalau jadi promoter..
Pekerja shopping kompleks yg baru mula keje
Waiteres...
and sewaktu dengannya,,
..................perasan atau tidak, mesti memilih BLACK'n'WHITE, betul x??
KENAPA erk??(berfikir sejenak)
Hal nie x terkecuali dengan lecturer aku, RADZIAH (Misz Rozie),
secara rawaknya, dia pun nak aku ngan budak-budak kelas aku memilih untuk mencetuskan fenomena BLACK'n'WHITE nie kat kolej aku. erm...
disebabkan KAMI nie, bakal-bakal HOTELIER yang berDIPLOMA, so! bile masuk kelas dia jew (FRONTOFFICE & HOUSEKEEPING), diWAJIBkan untuk memakai cOlour taik cicak nie..
alahaiii, memang SMART, x dinafikan...
kerana nak dengar kata dan x nak dihalau dari kelas dia, so! aku dan lain-lain terpaksa menghabiskan duit mencari kemeja(putih), kot/bleszer(hitam), kasut(hitam/hight heel:1/2 inci), skirt/suar slack(hitam).......
Memanglah berabis duit, tapi x pelah..asalkan untuk belajar.
-------------------------------------------------------------bile dah smart-smart memakai hitam putih nie, budak-budak junior bawah pun berasa BERKOBAR nak pakai gak macam KAMI semua pakai, ish2!!
x disangka-sangka, menjadi CONTOH KAMI semua kepada adik-adik bawah,huhu...

Penah gak masa, aku ngah tunggu train kat sek.19, ada makcik tue rajin plaknye nak tahu aku pakai smart-smart nie nak pergi settle kan kes apa??,, adoyaii, salah sangka betul makcik nie...disangkakan aku nie LAWYER??hahha, masalah sendiri pun x reti nak handle, ada hati lak nak handle masalah orang...
x bagus, x bagus..hihihi:-)
 
THANKZ lah makcik yew, sebab katakan aku seorang LAWYER, aku hanya mampu mengAMINkan sahaja...mungkin katanye itu 1 doa pada aku...

smartkan???..nielah model budak-budak senior batch 2010/2011 untuk DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN&KATERING,,  :-)
TAHNIAH!! misz Rozie kerana mentransformasikan KAMI semua, sayang misz~




kerana satu tamparan..

dulu masa sekolah rendah aku penah tertampar sorang budak lelaki yang agak buat aku menyampah ngan dia...dan aku sendiri tertanya kemana agaknya dia sekarang??
lepas seminggu kejadian tue berlaku, dia terus x datang ke sekolah, aku pun agak kehairanan..mane dia erk???
---------------------------------------------------------
kejadian tue terjadi hanya kerana aku diejek dengan budak banggang nie,dan aku juga sering kali bergaduh kerana mulut budak nie yang macam longkang x serupa nak longkang, cmnetue?? ce cite...,
budak nie selalu ejek aku ''ANAK KAMBING'' kuang ajar kan?? mentang-mentanglah abah aku masa tue bela kambing, x payah lah nak ejek2 aku sesedap rasa jew..memanglah cari pasal.
 mula-mula aku sabar, lama-lama aku naik fedUp, yelah, mana tahan asyik diejek-ejek jew, at last one day ak pun agak teruja kerana menghayunkan tangan aku tepat kena pipi dia..dasyat,, budak lelaki tue pun terdiam, dia pun agaknya berasa berang dan terus nak membalas, tapi x sempat sebab cikgu dah masuk..., pastue dia pun berkata pada aku, ''ko tunggu kat balik sekolah nanti...'' erm sikit pun aku x takut,, hahhahaha...

Abang aku penah pesan, ''kalau orang kacau lawan jew balik.., nanti kalau aku dah x de kat sekolah sape nak tolong ko??'', so! dari situlah aku beranikan diri dengan menampar budak lelaki tue. Lagipun abah aku penah pesan, ''kalau ko x puas hati ngan sape-sape, ko pegi jumpa orang tue balas balik...'', abah aku pun dah green light, hhuhu...bapak korang ada macam bapak aku x??? ada?? x de kan???hahhaha...DASYAT!~
-------------------
Tapi, nie sume kenangan zaman sekolah
kadang-kadang rasa nak pgi sekolah balik jew, rindu sangat..
MANA AGAKNYA KAWAN-KAWAN AKU YEW??? PELAH YANG DORANG BUAT SEKARANG??...
picture nie jew yang tinggal dlm koleksi kawan skolah, picture nie pun time member aku kawen...yg baju hitam tue bestfrenz aku,(bagi aku lah)..



Wednesday, April 27, 2011

Hana Tajima Style

Hana Tajima~
           sape dia erk??..bile aku selongkah2 kat goOgle,barulah aku tahu siapa dia nie, rupe2nye pereka fesyen kepada Yuna (Dan Sebernarnya),, nice+sweet+pretty orangnya, dia lah makhluk Allah yang mentransfomasikan Yuna ngan gaya shawl dia, memang cantik, cara pemakaiannya sangatlah eassy.......
kerana Hana Tajima nie, pemakaian shawl telah menjadi ikutan remaja muslimah masa kini, SO! sekarang x de sebablah, manusia2 yang bergelar WANITA, untuk tidak memakai tudung...betul ke x??? :-)
--------------------------------
Dan tidak diakui, aku ngan adik aku, (pemilik blog: www.kucingbelang.blogspot.com)pun telah terikut-ikut untuk memakai shawl like Hana Tajima, huhu..
macam-macam gaya sekarang, sekali-sekala ikut trend semasa nie pun kadang seronok gak..hehehhe, x salah kan nak bergaya?? asalkan still menutup aurat.
Kerana terlampau banyak shawl yang membanjiri pasaran, so! koleksi shawl aku pun dah menggunug tingginya, sampai ada yang belum pakai..DASYAT!~, 2 pasalnya hubby aku kemarahan sama aku.

pada sape yang nak cuba style Hana Tajima nie, trylah.., kat dalam youtube.com dah banyak manusi yang mengupload tutorial Hana Tajima style,, try tau..memang gempak, ala-ala minah arab,, ahakz!!~
Hana Tajima style (pic  nie aku cilok kat dalam google)              

Tuesday, April 26, 2011

sem holiday coming..

owh, no..no..
cuti sem ak dah start, lama lak 4bulan! giler gempaq la de...
walaubagaimane pun, cuti aku masih dipenuhi dengan aktiviti student,----------asiggment + presention, cuti kew??owh no..no :-(
---------------------------------klu dulu bile cuti jew, kepala otak aku dah stanby dok fikir nak watpe, tapi cuti nie pun ada gak la terfikir nak wat sesuatu yang berbaloi+lumayan, tapi..erm, X DAPAT!!! sakit jew hati, bengkek plus+ + +, x patut memang x patut, tapi pew leh buat, anggukkan kepala dan senyap tanpa kata.

Lpas raya nie, dah sibuk ngan pratikal (Latihan Industri), SO! tension...rasa cam malas, tapi nak penuhi kota sebagai student Diploma Pengurusan Perhotelan&Katering, kena lah pergi ngan hati yang tertbuka,
,,...sedar x sedar, dah nak abiz study dah...cam x caya, pas praktikal nie semestinya busy lagi ngan report, pe bnda alah pun aku x pasti, tapi tengok keadaan cam leh wat kepala otak aku stress...alahaiii, macam2...
dalah dapat tempat praktikal yang x dapat elaun, 3 bulan , kot...lama 2, huhu...memang lah sakit kan?? hope tempat praktikal nie best la... INTEKMA Resort&Convention, Shah Alam. Agak familiar kot tempat nie...
x pew lah, pe pun cepat lah abiz, dah x terdaya nak dok kat kolej tue lagi. PENAT!!..........

erm............pew lah aku nak buat sepanjang cuti nie,,, kalau duit berkepuk dalam HARIMAU xpew lah gak, nie kat dalam pun ada RM 5.95, pew yang aku leh dapat??? ce cite???...............
erm...nak keje, x bagi, duit bagi x pew lah gak...ADUH!!! parah!~

                      Sabtu nie, nak gerak pi Terengganu, memang lah x tau pew nak dibuat, duit pun x dew!!
erm....naik bus lak 2, x ku penah jalan jauh2 naik bus,ahakz!!! Doakan lah aku selamat sampai, dan selamat balik..aminnn..................
untuk bebudak junior ak, HEPI HOLIDAYs yew...
                                                              (padan ngan muka korang cuti 2bulan jew,huhu)

p/s: x dew pe picture yang nak di muat kan dal blog aku nie, huhu

Saturday, February 19, 2011

.....hidUp kU sebagAi stUdEnt,,

......................
i'm a studEnt!!`...tue la status aku dari 3 MEI 2008 smpai la tahun 2011 nie, belum berakhir lagi hidup ak sebagai student yang berdiplOma kan ''DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL & KATERING"...kat sebuah pusat pengajian yang X BERAPA DIKENALI!!! hahahhaaa............
(KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNATICS)...antarabangsa kew???? ahakz!!!
aku pun x tahu camne aku bOleh tercampak kat tempat nie,, dah lah swata..memang la agak MAHAL! dan....erm biasa la swata, faham-faham jew lah,,
walhal, aku suke-suke jew bagi maklum balas kat semua kOlej-kOlej swata yang aku dapat lepas result SPM kuar....
belajar 3 tahun, 1 sem bersamaan 6 bulan...
terasa TERsangat la lama, erm...actually yang SEPATUTnya aku tengah melalui alam praktikal
tapi di sebabkan kegatalan melanda, aku pregnant...
sO! x dapat nak pegi kuliah untuk sem 5.
sepanjang aku kat kOlej yang macam HARAM nie...
macam-macam aku dah belajar. memang la bestkan??...huhu,
mengikut pengetahuan, aku dan kawan-kawan seangkatan aku adalah SENIOR untuk kOs nie,sebabnya kOs nie adalah kOs yang TERlatest kat kOlej nie..
dan yang aku dengar lah sebelum-sebelum nie, kOs aku nie x dew pengiktirafan MQA
dan aku x tau lah camne nanti bile aku dah abiz belajar...
memang aku BURNkanlah kOlej nie dari bumi nie...hahahha
kalu nak tahu first pOinter yang aku dapat 2.5....nie pOinter time sem 1,
naik sem 2, pOinter aku naik...naik, dan naik,, ALHAMDULILAH....berkat usaha aku yang kadang-kadang aku rasa aku nie MALAS!!~hihihiii...
actually aku x penah pun nak skOr kat exam, x kisahlah midterm kew or final...
aku lebih suka skOr kan markah aku kat assigment yang timbun menimbun, kuiz dan attendant aku...
KENAPA????..............sebabnya markah assigment dan sumer-sumer nie lebih banyak dari exam.

sepanjang aku hidup sebagai student nie, macam-macam ynag dah aku lalui....
bergaduh sampai melibatkan pOlis pun aku pernah....
dasyatkan????....tapi tue citer lama, dan sekarang orang yang belasah aku pun dah x de KAWAN!! 
PADAN MUKA!!!!!.......ada pun, juz yang simpati ngan dia. nOW!! dia nak berkawan ngan aku, aku x kisah pun...aku pun bukan jenis yang BERDENDAM!!....
hahhaahahaa...lepas jew tamat kOntrak hOstel, aku pun berpakat ngan budak-budak bilik lain cari rumah sewa (appartment private) yang sewanya SANGAT MAHAL!! sebulan RM1300.00...duduk 12 orang
memang dah macam rumah kebajikan. Ngan perangai yang macam-macam.
Bile dah duduk rumah sewa selambak-lambaknya manusia, sO! Terserlah segala macam perangai...
x usah nak katalah kan??, yang nie kutuk yang nie, yang sana kutuk yang sana....memanglah best!!!~
....dan selepas tue, ada lak kes budak-budak rumah bawak lelaki tidO situ time cuti sem.
Erm memang lah gempak....sO! bincang punya bincang dan diketuai oleh sOrang gurlz nie, yang sape-sape pun memang x bOleh KALAH kalu lawan cakap ngan dia...nak MENANG saja, akhirnya...member 3 orang nie TERPAKSA lah di HALAU keluar dari rumah tue....sedih sangat!!!~erm...tapi apakan daya??
dOrang kena gak keluar walaupun berat sangat hati...
dan selepas kejadian tue, aku dan kawan-kawan lain mulakan kehidupan sepanjang biasa sampailah tamatnya kOntrak rumah tue.
banyak kenangan manis dan pahit duduk serumah bersama macamnie....tapi bile duduk sOrang-sOrang, mesti tersenyum sendiri bila difikirkan balik.

TAMAT jew kOntrak rumah, aku ambik keputusan untuk berulang alik dari rumah parents aku sampailah ke kOlej(KLANG-KUALA LUMPUR)................jauh kan????
tapi nak belajar punya pasal...kena gak lah teruskan.
setiap pagi aku akan keluar rumah pukul 6.35 pagi, dan aku akan naik train(KTM) pukul 7.05 pagi dari sek.19 SHAH ALAM sampailah ke stesen BANK NEGARA,kemudian aku akan mendaki dan menurun jejantas pastue aku akan naik train(LRT) dari BANDARAYA kew PANDAN JAYA atau MALURI.
haha...memang TERlampau banyak anak-anak tangga yang aku naik dan turun. sO! hasilnya...berat badan aku turun 10kg.ahakz!!!memanglah bravO...hahhaaa...
nie lah runtin aku seharian sebagai student sampailah aku dah berkahwin dan ada keluarga sendiri, hari-hari aku akan lakukan benda yang sama. BESTKAN????....
.........................................................................................................................>>aku x tahulah bila nak berakhir??hahha..
PENAT???...usahlah ditanya, semua yang kite buat pasti ada penatnya...
x caya??? try lah tidO dari pagi sampai petang, sambung sampai malam then sambung lagi sampai besOk paginya....pew yang kOrang akan rasa???? 
1. Kepuasan tidO???...nie dah memang semestinya
2. penat, nie memang kOrang akan rasa.

huhuhu....nOW! aku dah dipertengahan sem 5 yang sepatutnya sem 6, bulan 7 nie aku akan memulakan pratikal, tapi aku x pasti lagi kat mane tempatnya. 
''AKU PASTI AKAN MERINDUI KEHIDUPAN AKU SEBAGAI STUDENT...''
.....
*hargailah hidup sebagai student (+_^)



Friday, February 18, 2011

my vincci, VINCCI........and vincci

vincci???
sapew x knal ngan jenama yang leh dikatakan grand la gak...
aku memang obses ngan jenama vinnci nie..sebab gaya dan bentuknya memang memenuhi citarasa aku..
harganya pun bOleh la nak dikatakan berpatutan...
kasut vincci yang mula-mula aku beli adalah masa aku mula nak meningkat remaja,, kasut tumit dua inci..cOlOur gOld+brOwn,, memang cantik....aku sayang giler ngan kasut tue,tapi!! ak x tahu di mana kasut tue sekarag...sebab kalau x silap aku, ada sOrang sis namanya ayu..dia pakai kasut tue pastue dia x pulangkan adan aku x tau dimana dia sekarag!!~ DAMN!!
------------------------------
masa umur aku 17tahun, aku rapat ngan sOrang musuh sampai lah aku ngan dia jadi kawan..dan dah jadi 
''BEST FRIEND " aku da sekarag..
aku ngan dia memang giler ngan jenawa vincci nie,, ke mana jew aku pergi vinnci sentiasa ada kat kaki aku..
baru2 nie makcik kesayangan aku (siti aisyah haji fauzan), dia ada belikan aku kasut vincci..aku sayang giler,,
dan aku akan jaga kasut tue. pastue x sampai berape bulan aku ada beli sepasang lagi vincci...OMG!! marah husband aku, dia kata aku nie bOrOs....!! aku x kesah pun dia nak kata aku nie ape..
at least bOrOs2 aku pun, aku beli dan barang tue aku nampak dari sempurna sampai lah hancur...
dia tue lagi bOrOs,, beli DUNHILL, SURIA...pe?? ingat x bOrOs kew???? lagi BAKAR duit!!
citt!! sO..DONT CALL ME EXTRAVAGANT!!! ahakz..huhuhu
.....setiap kali aku pegi shOpping kOmpleks, aku pasti akan singgah kat vincci...ada duit kew xde kew aku tetap akan masuk kat dalam vincci, I DONT CARE! vincci is my favOrite shOes..hehehee
NOW!! aku ada 4 pasang kasut vincci dan yang sepatutnya ada 8 pasang..hanya tinggal 4 jew,,uhuk..sedih2,,
vincci memang swett. Aku nie jenis menghargai sesuatu barang...sO! bile pas pakai jew, aku simpan blik dalam kOtak asalnya. rajin kan???
sO! aku memang pantang kalau ada yang pinjam kasut aku x bagitau dan bile dah pinjam tue jaga lah jangan lah letak sepah2, pastue ada lak yang pijak memijak kasut aku tue..
hah!! kalau nak tgOk aku baran macam singa betina lapar wat lah...
hahhahaha...(^_^)
------------------------------------------------------------------

nie lah beberapa kOleksi kasut vincci aku yang aku sempat snap


nie lOrh antara kOleksi VINCCI aku yang smpat aku snap2...















Monday, February 14, 2011

sAtu pEtang yaNg indAh..

petang tue memang serOnOk,, my hubby bawak pusing2 kat tasik Bandar Botanic, Klang. nk pegi kat putrajaya cam jauh la sangat..sO! pegi yang dekat2 jew lah. Hepi sangat, yelah sebelum nie kuar berdating berdua saja..nOw! dah bertiga..ada mama, ayah dan Adam(si cOmel mata besar)hihihiii...
----------------------------------
dalam sibuk melayan gelagat Adam yang mengOceh2 jew mulutnya tue, baru teringat yang petang tue 
13 FEBRUARI 2011, dan esOknya adalah hari Valentient Day's hari kekasih yang diharamkan utuk umat islam menyambutnya..tapi!! heran masih ada dikalangan saudara seislam kite menyambutnya. Macam gelagat manusia yang ada kat tasik petang tue. Ada pengantin yang merakamkan detik2 bahagia di depan lensa phOtOgraph tue.., ada gak pasangan yang berpOsing sakan didepan lensa hanya untuk nak mengabadikan kenangan bersama sempena Valetinent Day's. serOnOk!! sambil tersenyum sendiri...
aku dan my hubby pun x nak kalah, kteOrang pun keluarkan Sony CybershOrt aku untuk merakamkan kenangan bersama..sO sweet, Adam memang pandai pOsing..
''LIKE MOTHER, LIKE SON''
sedar x sedar hampir satu tasik tue kiteorag pusing..memang serOnOk
melihat suami ku menOlak strOller Adam, dan melayan gelagatnya sehingga kedengaran suara anak kecil itu ketawa, hati nie terasa SANGAT BAHAGIA, bisik hatiku...
akan aku jaga keluarga ku ini...
sape sangka dalam umur aku yang muda nie..
aku dah memiliki keluarga ku sendiri
aku ada suami yang penyanyang dan anak yang cOmel dan sempurna sifatnya...
aku sayang mereka...harta yang paling bermakna dalam hidup aku.
Dalam sibuk melayan Adam, terlihat cahaya oren kekuningan...tanda hampir senja...
aku pun melangkah masuk ke kereta,...
Adam betOl-betOl keletihan, x sampai brape minit dalam kereta terus terlelap...
petang yang indah itu berlalu, ianya menjadi satu kenagan yang indah dalam hidupku.....
Adam Haritz 

mynewfamily

Monday, January 24, 2011

ADAM HARITZ ZHAFIRIN

Sapew dia tue???...
eh! bulatnya mata dia...
amboii comelnya...
ish!!! geramnya....
......................................................ADAM HARITZ ZHAFIRIN
comel, manja,ciwek,,
tup tup dah 4 bulan umur dia,, alahaii comelnya..
anak mama, anak ayah...sayang ADAM,, 
...
sangat le lasak,, aii cmne la nnti klu da pnadai jalan punya la letih melayan dia nie...ish2 adam2,, lasak macam papanya
kalu letak depan tV macam faham jew citer kat tV tue, acah2 jew adam nie..
tiap2 malam teman papanye tgok bola smpai kew pagi,, mama x bleh join sbab mama ada kelas pagi..
so!! klu adam nangis nak susu pandai2 la papa buatkan dan layan la si adam tue yew??
ala2 ''MRs.MAMA'' la ayah adam nie.
....waktu pagi adam abizkan masa kat nursery, mama sibuk nagn kuliah, papa lak keje..nak kumpul duit
besarkan adam. Nnti klu adam da besar at least mama ngan papa ada simpanan utk adam..
SAYANG ADAM...
bucuk mama ngan papa nie,, x mau nakal2 yew(^_^)
nnti bile petang papa balik keje ambik adam,,
....
1 SEPT 2011 nie genap adam setahun,, alahii x sabarnya nak tgok adam besar..
berlari dan berjalan,,skrg pun adam da pandai guling2 atas katil@tilam..suke tgok!!
comel sangat..hihihiii,,
....adam nie sgt manja, macam mama dia,, hihihihiii..
x bleh kena tinggal langsung...mesti nangis,, ciwek+cengeng,,
...pe pun,, mama ngan papa tetap SAYANG ADAM sampaii akhir hayat,,
Adam laa jantung hati mama ngan papa..



nie pic adam yang atas tue muka adam 2 ari kat dunia,yang bwah niie adam 2mggu

Comelkan???kan?kan??...sangat comel macam mama dia,,huhuhu...kalu tgok bulu mata dia memag sangat geram sbab sangat lentik,dan menjadi2 panjangnay skrag...



huhu...nie lah hobi adam suke tanggal baju ngan sluar,


sweet kan adam senyum??..(^_+)
hahhaa..mata dan mulutnya??,,like mama ngan papanya

lagi-lagi gambar adam...hiihii (*_+)

hah!! nie lah ayah@papa adam,, adam yang manja ngan papanya..anak bapak nie~hihihi


KAMI SAYANG ADAM.....muuuaaah2x

Thursday, January 20, 2011

khurafat+syamsul yusof the best!!

18 JAN 11..
Ahakz!! hang out pas abiz klas misz azie..
mulanya cadangan tue hanya la main-main jew, siap kteorang leh ajak en.najib join skli kteorang hang out..
cadang punya cadang terbaik la kteorang aktiviti utk tgok ''KHURAFAT'',,
tapi agak x seronok sebab ila ngan ecah x pegi join skali,
ila demam, ecah lak dah tgok ngan housmate dia...
so! ak, nana, fenaz ngan daia jew lah yang pegi...
sampai jew TIMES SQUARE tue,, terus pegi beli tiket ngan harga student..
pas beli tiket, pe lagi layan la perut yang dah berkonsert nie...ngan menikmati McD LUNCH HOUR,,
tepat kul 2.30, kteorang terpacak depan pintu masuk GSC
masuk2 jew dalam,, lampu di matikan...
setelah bermacam iklan yang ditunjukkan kat kteorg dalam pggung tue,,
akhirnya..muncul la gak,, ''KHURAFAT'' yang dinanti2kan..
TERbaik la syamsul yusof wat filem..
mulanya ak tgok memag agk x fham..
sapew sangka, rupanyanya dia(johan) sendiri yang amalkan ilmu hitam tue..
adOyai....menjerit-jerit ak kat dalam pnggug tue...
dia punya hantu lakonan SABRINA ALI,, memang meletup
habis gempaq la,, rasa cam nak tgok lagi jew..
dimandikan,dikafankan, disolatkan, pastu dimasukkan dalam keranda..
mak aiii..memag seram la kan??,
yang paling giler..masuk dalam peti mayat,, perh!!! takut+seram..

akhirnya si JOHAN(syamsul yusof) tue pun mati skli sebab benda yang dia bagi kat NANA (sabrina ali)
tue makan dia balik..
punya la azab nie..kalau amalkan ajaran sesat dalam hidup kita..
ish2..

sape-sape yang belum tgok tue cepat-cepat pegilah tgok.. emag x merugikan..
filem seram pertama syamsul yusof,,
* TAHNIAH!!~wat beliau,, 5 bintang boleh bagi...

5 minit sebelum masuk panggung : fenaz, daia, aku dan nana.

Saturday, January 15, 2011

hanya aku yang memikirkannya

yihaa...
bermula la kisah kOlej ku ngan budak2 juniOr sem5..ahakz!!
kecOhnya x ku jangka begini..
bertambah gamat suasana kelas...
rasa gembira dapat kenalan baru...
ila, fenaz, nana, dayah, ecah, wana, yana,devaki, kOmati,qira, bella...
liena, kak ieka, fida, eliss, fatin....
huhu..rmai la gak,, dak2 bOy x kenal sgt..bcOrz kelas ak rmai la kOt dak2 india..
1 MALAYSIA la ktakan...
huhuhu..............

hepi gak dpt jumpa ex-hOusemate...
fadz, alin, hyien, nadia...
yang len2 sumer ngah busy ngan pratikal...
yang x leh blahnya ak jumpa gak ''ARRY'' dak kelas ak..
sO!! x de la ak cam ayam berak kapur kat dalam kelas tue...

sem5 TERsangat la berat2 nya ngan assigment timbun menimbun..huhu,,
RP yang wat bertambah2 gugur rambut ak,.. smpai bgitu skali kejadiannya..hihihi :-)
pe pun sem nie kena kerja keras mengeras...
nk dapatkan 4.0 tidak la...
tapi klu leh dapat alangkah seronoknya.....
my new frenz... fenaz, ila, daia, nana, devaki, kOmmati... nie pic time bezday ila, baru sja kenal sudah friendly....